Blogger Backgrounds

Pages

Sunday, 9 December 2012

fikirkan....



Hari ni saya terfikir-terfikir dan termenung sejenak (cehhhh) dalam kehidupan kita ni  pasti ada saja cabarannya, ada ja dugaannya... ada yang terima dengan tenang, ada yang terus nak mengaum macam harimau aauuuuummmmm, ada yang mudah sangat mengalirkan air mata... ... hmmmm  normal ka tu???

mungkinkah mengikut iman sesorang itu...  fikirkan..

 Kadang-kadang ada orang bila kawannya melakukan satu kesilapan dia akan terus lupa dengan seribu kebaikan yang pernah kawannya lakukan ... normalkah itu? dengan satu kesilapan tadi boleh mengaburi segala kebaikan yang sebelum ini, mungkin dia pernah menjadi tempat meluahkan perasaan ketika tiada orang ingin mendengar, mungkin juga pernah menjadi "bank" ketika tiada orang lain ingin meminjamkan wang, mungkin juga pernah menjadi sebahagian warna-warni dalam kehidupan ketika tiada orang lain yang ingin mewarnakannya, pernah jadikan bahunya sebagai sandaran ketika tiada orang lain yang ingin menyandarkan bahunya kepada kita... adilkah kita? dengan satu kesilapan yang di lakukan kita lupakan bahawa dia pernah menolong kita ketika semua orang menjauh... adilkah? fikirkan....












Monday, 26 November 2012

kenapa menjauh?

wahai saudara ku masihkah engkau ingat

kenangan kita tika kecil dahulu
bermain bersama
ketawa bersama
berjalan bersama

tapi kini
engkau kelihatannya sudah berbeza
apa silapku
apa salahku
adakah perbuatan ku ada menyinggung perasaan mu...
 
payahnya ku menanggung
hukuman tanpa kesalahan
adakah disebabkan hal orang lain diriku patut menanggungnya?
adilkah begitu
 
Ya Allah..
padaMu sahaja aku mengadu dan berserah
biarlah masa yang menentukan
wahai saudaraku semoga engkau bahagia disana

ikhlas dari ku (sepupumu.)