Hari ni saya terfikir-terfikir dan termenung sejenak (cehhhh) dalam kehidupan kita ni pasti ada saja cabarannya, ada ja dugaannya... ada yang terima dengan tenang, ada yang terus nak mengaum macam harimau aauuuuummmmm, ada yang mudah sangat mengalirkan air mata... ... hmmmm normal ka tu???mungkinkah mengikut iman sesorang itu... fikirkan..
Kadang-kadang ada orang bila kawannya melakukan satu kesilapan dia akan terus lupa dengan seribu kebaikan yang pernah kawannya lakukan ... normalkah itu? dengan satu kesilapan tadi boleh mengaburi segala kebaikan yang sebelum ini, mungkin dia pernah menjadi tempat meluahkan perasaan ketika tiada orang ingin mendengar, mungkin juga pernah menjadi "bank" ketika tiada orang lain ingin meminjamkan wang, mungkin juga pernah menjadi sebahagian warna-warni dalam kehidupan ketika tiada orang lain yang ingin mewarnakannya, pernah jadikan bahunya sebagai sandaran ketika tiada orang lain yang ingin menyandarkan bahunya kepada kita... adilkah kita? dengan satu kesilapan yang di lakukan kita lupakan bahawa dia pernah menolong kita ketika semua orang menjauh... adilkah? fikirkan....





0 comments:
Post a Comment