bismillahirrahmanirrahimm..
hari ni hari jumaat, seperti yg kita tahu hari jumaat ialah penghulu hari, dan hari raya bagi umat Islam..yeyeyeye raya...hhehehe...
nak dijadikan kisah... masa sy naik "kenderaan awam " dn nak tggu penuh ngan penumpang...ntahlah...timbul persoalan dalam fikiran saya " kenapa ramai lelaki x sembahyang jumaat kan hari ni hari jumaat" bila tgk jam...menunjukkan baru jam 1 petang...org sembahyang jumaat belum balik lg (sabah)..kebanyakkannya budak sekolah menengah...bab nmpk dr uniform dorang..hemmm bukan kah sudah ada dalil yang kuat menunjukkan wajibnya sembahyang jumaat ni..
kewajipan mendirikan solat jumaat telah dijelaskan dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9, Allah berfirman maksudnya:hemmm...sy cuba untuk husnul zon saja..biarlah Allah saja yang menilainya...betul tak..mungkin jumaat minggu ni dorang x dapat pergi manatau jumaat minggu depan mereka pergi.:)
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".
Ayat ini jelas menunjukkan suatu kewajipan mingguan umat Islam iaitu segera menyahut panggilan solat Jumaat. Mereka wajib meninggalkan premis perniagaan atau pejabat dan pekerjaan mereka demi untuk menghadirkan diri ke masjid dan demi solat fardhu Jumaat. Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
"Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh" - (Riwayat An-Nasa'i)





0 comments:
Post a Comment