teka-teki
apa benda @perkara yang pendek tapi payah nak dibuat?
Aminah : kek comel?
lina : potong seluar pendek
jawapan tu boleh di terima (^^)" tapi kurang tepat...
jawapannya ialah SOLAT SUBUH...
betul tak? hehhehe
betul la kan............
solat subuh ni 2 rakaat, tapi berapa ramai yang lakukannya....belum lagi masuk solat subuh berjemaah..
Nak kongsi satu hadis yg di Riwayatkan oleh Imam MAlik
suatu hari, Umar al-Khattab r.a telah mendapati Sulaiman bin Abi Hathman tidak hadir untuk solat Subuh berjemaah. Pada pagi itu juga, Umar al-Khattab pergi ke rumah sahabatnya itu lalu bertanya kepada ibunya al-Shifa' : "saya tidak melihat Sulaiman semasa solat Subuh?" lalu al-Shifa' menjawab : "dia solat malam lalu tertidur pada pagi harinya." Umar kemudian berkata ; "sungguh, berjemaah berjemaah dalam solat Subuh itu lebih baik bagiku daripada solat malam." (sumber : solusi 36 ;16)Banyak kelebihan yang terdapat dalam solat SUBUH ni....
- Waktu yang paling diagungkan Allah
- Pahala beribadah Satu Malam penuh (solat b'jemaah arrr)
- Berada dalam perlindungan Allah.
- Waktu terbaik Membina kekuatan Rohani (mengawal nafsu)
- Di kurniakan cahaya pada hari kiamat. (siapa lah yang tak mahu kan...)
- Dapat melihat Wajah Allah...
- Seksa pedih untuk yang tinggalkan solat (-,-)
- sempat mengerjakan solat sunat Fajar.
- saat Terbaik untuk mendapat Ilmu dan Tarbiah(senang hafal pelajaran la tu)
ramai dlm kalangan umat Islam pada hari ini begitu bersemangat membkar bendera Yahudi, bertempik-tempik mengutuk Israel, mengeluarkan pelbagai resolusi dan memorondum untuk menyatakan kemarahan kepada pihak Zionis, ttp lemah & tidak berdaya menzahirkan keseriusan mereka melaksanakan SOLAT SUBUH secara berjemaah....saya setuju
semoga kita perbaiki solat kita... termasuk juga diri ini......semoga hari esok lagi baik dari hari ini...........







