Alhamdulillah... baru saja pulang dari kenduri doa selamat dan solat sunat hajat saudara kat Likas... Saudara yang saya maksudkan ni sebenarnya sepupu kepada emak... telah di kesan menghidapi kanser serviks TahaP 4! boleh dikatakan tahap agak tinggi jugalah...
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan ...orang yang memikul tu akan lebih rasa kesakitannya...~~~~
Mungkin ada sesetengah orang akan terus berputus asa, tidak bersemangat bila mendapat berita seperti ini..dan ada juga yang akan cuba meneruskan kehidupan dengan semampunya.... tapi ada juga segolongan akan menggunakan jalan khurafat untuk kononnya memohon utuk mengubat sesuatu penyakit..ish ish ish....
anugerah pa ke bendanya....
memperli kot orang ni....Ini bukan nak merapu tetapi untuk peringatan . buat diri ini dan kawan -kawan juga...saya petik dari kata-kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi. Antara hikmahnya ialah sakit dapat menjadi kafarah dosa(penghapus dosa) dan meninggikan darjat kepada Allah.
- penghapus dosa : setiap manusia pasti melakukan kesalahan dalam sedar atau tidak...oleh itu, apabila kita di timpa penyakit @ sakit ia boleh menjadi penghapus dosa kita... seperti sabda Rasulullah s.a.w "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)" Boleh kah kita dapat penghapus-hapus dosa ini di mana-mana kedai @ supermarket?? pastinya tidak....oleh itu ia menjadi suatu anugerah kepada manusia...
- meninggikan darjat manusia : kita mestilah sentiasa bersangka baik kepada Allah...kerana Allah lebih mengetahui segalanya..mungkin saja sakit yang di hadapi adalah ujian Allah untuk menguji kekentalan iman kita..dan untuk menyedarkan manusia untuk sentiasa mengingati kepadaNYA, lalu bertaubat..bukankah apabila kita bertaubat dengan sebaik-baiknya akan meninggatkan lagi keimanan manusia kepada penciptanya..ini sama juga seperti kisah Nabi Ayub Alaihi salam.






0 comments:
Post a Comment