Blogger Backgrounds

Pages

Thursday, 8 December 2011

wahai diriku...wahai wanita

Assalamualaikum......wbt..=)
 susah ke nak jadi wanita ataupun perempuan ataupun gadis ni? DAN senangkah jadi lelaki ni?

  Itu terpulang pada diri masing-masing...ada saja alasannya... mari kita compare kan.. tapi itu tidak bermakna antara satunya tak bagus... semua ciptaan Allah ada keistimewaannya sendiri...(apa keistimewaan saya ya) hhehehehhe
1) Ada perempuan berkata :“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
 Tapi sebenarnya....Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. jika ada emas dan permata, adakah kita nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika kita letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi perempuan? lelaki tidak dapat melihat kulit perempuan pun kecuali muka dan tangan! perempuan tak mungkin akan terangsang nafsu tengok lelaki hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok perempuan pakai hanya seluar pendek!”


2) ada perempuan berkata, ini selalu isteri 2“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Tapi sebenarnya....Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”  huhuhuhu.....

3)Ada perempuan berkata lagi : Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”  (ish..ish ish...)
Tapi sebenarnya...“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


4) Ada lagi omongannya :“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!
Tapi sebenrnya........- “Tahniah la sebab  perempuan dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya perempuan! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan” (terharu)


5) kata perempuan lagi“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Tapi sebenarnya.....- “Akhirat nanti, semua lelaki didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri , ibu , anak perempuan  dan adik perempuan . Tahu maksudnya?perempuan nanti di akhirat, akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”\


6) bicara perempuan lagi :“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
sebenarnya......seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah., seorang wanita pula  jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


7) perempuan, wanita berkata : “Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
tapi sebenarnya wahai wanita, perempuan sekalian........- “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang disukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”



semua ciptaan Allah ada keistimewaan masing-masing.... cuma ada pihak-pihak yang cuba memainkan pemikiran kita pada zaman kini...terutama wanita.... hurrmmm..... betul3x....  =)
 (copy, edit 2 sikit....and paste untuk diriku dan sesiapa yang membacanya...hehehhehehhe)

Tuesday, 6 December 2011

MEMORI 2011

Baru 2 hari lepas saya berada di Kampung...dengan izinNya saya dan family selamat sampai ke rumah...Alhamdulillah....
 walaupun pada awalnya saya tak ecxited nak pulang kampung tapi best juga...mungkin hati ku terlalu "bebal" sampai nak pulang kampung tak happy.... saya menyesal ada perasaan sebegitu....
hakikatnya , di sanalah aku dapat rasa kekeluargaan yang jarang 2 kita dapat di bandar atau kat pekan tempat saya ni.... lagi satu kat kampung saya ni macam- macam ada.... huhuhuu..... ya laa... kat kampung orang lain pun best juga..hehheheh...

          Balik Kampung tahun 2011 ni lah sebagai titik permulaan bagi saya... titik permulaan untuk perbaiki diri sendiri.... insyAllah... kekal hingga selamanya...Dengan Pertolonganmu Ya ALLAH..... insyaAllah....
walaupun pada mulanya saya rasa tak berani, ya lah mesti banyak persoalan 2 dari pakcik, makcik, and all cousin.....saya ni pula bila dah banyak orang tanya boleh tension tak tentu pasal.... akhirnya saya gagahi juga.... dan......saya dapat juga menutup aurat ku untuk tidak dilihat oleh sepupu-sepupu lelaki....


 mungkin ada yang berpendapat ini sebagai hal kecil... tapi bagi diri ku ini... iya sangat berat... bayangkan kita dah bertahun-tahun bertepuk tampar dengan sepupu(lelaki) yang kita rapat dan lakukan perubahan ini. Pada saat kali pertama saya memakai tudung keluar dari bilik untuk ke ruang tamu hanya Allah saja yang tahu betapa berdebarnya hati ini....bila teringat kembali waktu itu... saya tahu, betapa bodohnya saya ketika itu, mengapa saya perlu takut dengan kata- kata orang... padahal sepatutnya saya lebih takut pada yang menciptakan saya...

Saya berharap dapat istiqamah dalam apa yang saya lakukan ini.... siapa pun saya selepas ini, saya harap agar dapat terus mentaati perintah Allah  ini.... InsyaAllah....Bukanlah pujian yang saya harapkan tapi keredhaan yang saya perlukan... bukan lah kerana kerja saya sebagai "guru kafa" tetapi adalah tanggungjawab saya sebagai hAMba ALLAH...kalau selepas ini saya jadi tukang masak (angan-angan) pun saya akan teruskan apa yang saya buat ini... dan saya harap selepas perubahan ini akan menyusul pula perubahan yang baik pada masa kan datang....INSYALLAH...
 Ini adalah antara foto 2  kat Kampung.... hhuhuuhu . ada banyak.. tapi tak sesuai nak tunjuk semua... paham 2 la yerrr...
suasana dari rumah nenek..
kat belakang rumah nenek..
nak makan siput sedut.... surppp!
nenek ku....muuaahhh!