Assalamualaikum......wbt..=)
susah ke nak jadi wanita ataupun perempuan ataupun gadis ni? DAN senangkah jadi lelaki ni?
1) Ada perempuan berkata :“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Tapi sebenarnya....Islam lah
yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. jika ada emas dan permata,
adakah kita nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah
agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika kita letakkan perhiasan tadi
dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki,
yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi perempuan? lelaki tidak dapat melihat
kulit perempuan pun kecuali muka dan tangan! perempuan tak mungkin akan terangsang nafsu
tengok lelaki hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok perempuan pakai hanya seluar pendek!”2) ada perempuan berkata, ini selalu isteri 2 : “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Tapi sebenarnya....Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!” huhuhuhu.....
3)Ada perempuan berkata lagi : Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” (ish..ish ish...)
Tapi sebenarnya...“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
4) Ada lagi omongannya :“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Tapi sebenrnya........- “Tahniah la sebab perempuan dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya perempuan! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan” (terharu)
5) kata perempuan lagi : “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Tapi sebenarnya.....- “Akhirat nanti, semua lelaki didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri , ibu , anak perempuan dan adik perempuan . Tahu maksudnya?perempuan nanti di akhirat, akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”\
6) bicara perempuan lagi :“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
sebenarnya......seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah., seorang wanita pula jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
7) perempuan, wanita berkata : “Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

tapi sebenarnya wahai wanita, perempuan sekalian........- “Nak
beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, sebagai
wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang disukai. Ya, dah la syurga,
ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa
bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami
awak. Itu saja asasnya!”semua ciptaan Allah ada keistimewaan masing-masing.... cuma ada pihak-pihak yang cuba memainkan pemikiran kita pada zaman kini...terutama wanita.... hurrmmm..... betul3x.... =)
(copy, edit 2 sikit....and paste untuk diriku dan sesiapa yang membacanya...hehehhehehhe)






0 comments:
Post a Comment