Blogger Backgrounds

Pages

Sunday, 9 December 2012

fikirkan....



Hari ni saya terfikir-terfikir dan termenung sejenak (cehhhh) dalam kehidupan kita ni  pasti ada saja cabarannya, ada ja dugaannya... ada yang terima dengan tenang, ada yang terus nak mengaum macam harimau aauuuuummmmm, ada yang mudah sangat mengalirkan air mata... ... hmmmm  normal ka tu???

mungkinkah mengikut iman sesorang itu...  fikirkan..

 Kadang-kadang ada orang bila kawannya melakukan satu kesilapan dia akan terus lupa dengan seribu kebaikan yang pernah kawannya lakukan ... normalkah itu? dengan satu kesilapan tadi boleh mengaburi segala kebaikan yang sebelum ini, mungkin dia pernah menjadi tempat meluahkan perasaan ketika tiada orang ingin mendengar, mungkin juga pernah menjadi "bank" ketika tiada orang lain ingin meminjamkan wang, mungkin juga pernah menjadi sebahagian warna-warni dalam kehidupan ketika tiada orang lain yang ingin mewarnakannya, pernah jadikan bahunya sebagai sandaran ketika tiada orang lain yang ingin menyandarkan bahunya kepada kita... adilkah kita? dengan satu kesilapan yang di lakukan kita lupakan bahawa dia pernah menolong kita ketika semua orang menjauh... adilkah? fikirkan....












Monday, 26 November 2012

kenapa menjauh?

wahai saudara ku masihkah engkau ingat

kenangan kita tika kecil dahulu
bermain bersama
ketawa bersama
berjalan bersama

tapi kini
engkau kelihatannya sudah berbeza
apa silapku
apa salahku
adakah perbuatan ku ada menyinggung perasaan mu...
 
payahnya ku menanggung
hukuman tanpa kesalahan
adakah disebabkan hal orang lain diriku patut menanggungnya?
adilkah begitu
 
Ya Allah..
padaMu sahaja aku mengadu dan berserah
biarlah masa yang menentukan
wahai saudaraku semoga engkau bahagia disana

ikhlas dari ku (sepupumu.)

Friday, 12 October 2012

memikul amanah

Hari hari yang di lalui seperti biasa, dengan senyuman dengan rasa kesyukuran kepada Allah swt...alhamdulillah....
biasa?
kenapa tak luar biasa?
adakala rajin, adakala malas, adakala nak buat sesuatu ala kadar ja.... setiap hari berfighting dengan dengan hawa nafsu ditambah lagi dengan hasutan syaitan,iblis dan kata-kata negatif dari orang lain itu bagi saya biasa ja....
tapi yang luar biasa pula... sentiasa rajin, tak da malas.... nafsu dapat dikawal, hasutan syaitan dan kata-kata negatif di tolak tepi... ini barulah...( betulkan kalau saya silap)

lumrah manusia setiap hari pasti akan melakukan dosa... tak da siapa boleh lari kecuali para nabi yang Ma`sum...
AMANAH...
 dari sebelum lahir lagi manusia sudah diberi amanah untuk mentadbir alam ini...adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? tepuk dada tanya iman...
melaksanakan syahadah,solat, puasa,zakat ,haji (bagi yang mampu) juga termasuk amanah yang mesti kita lakukan... itu wajib..
bagaimana pula tanggungjawab kita sesama manusia?
adakah kita menjalankan tugas dengan penuh dedikasi?
dengan penuh rasa tanggungjawab?
@ kita lakukan dengan sebab-sebab yang tertentu yang nampak tinggi di pandang manusia tetapi rendah di pandangan Allah?
semua terletak pada hati dan iman kita... kan...
bila kita tersasar dari acuan sebenar mari kita kembali semula dari sasaran tersebut... macam buat kuih juga, kalau salah bahan 2... pasti kurang menjadi @ tak jadi lansung... betul tak? (^  ^,)

Apabila kita diberikan sesuatu tanggungjawab, itu pastinya disebabkan mereka telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada kita... bayangkan apa perasaan mereka jika kita tidak melaksanakannya dengan betul? pastinya, hmmmm>>>>>

Lagi tak best ada yang tak boleh nak percaya lagi sampai bila-bila... nak tak?

sabda Rasullullah s.a.w. :

ألا لا إيمان لمن لا أمانة لهKetahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. Riwayat Imam Ahmad


peringatan untuk diri sendiri....
cuba, untuk menjalankan amanah yang diberikan, jangan kenal erti putus asa.... jangan bagi alasan " saya tak pandai"
permudahkan urusan ku Ya Allah... ini semua kerana .....









Friday, 20 July 2012

Ramadham ya Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maha suci Allah, yang masih memberi kesempatan diri ini untuk terus menikmati bulan yang penuh kerahmatan ini. seringkali diri ini terleka, lalai dalam mengerjakan suruhan Mu tapi KebesaranMu yang tidak pernah putus pada hambaMu ini memberikan nikmat hidup pada diri ini. adakah ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk diri ini? Engkau yang Maha Mengetahui....tapi diri ini berharap tahun ini bukanlah tahun terakhir..
Firman Allah yang bermaksud : "hai orang 2 beriman hendaklah kamu berpuasa sebagaimana orang 2 sebelum kamu supaya kamu bertaqwa" (183:al-Baqarah).
 Masa kecil 2 dulu mesti cakap ngan kawan 2 "yee kalo posa syaitan, jin kena ikat kena kurung, baru tau!" hehhehe ... bila dah besar sikit timbul persoalan " jin dan syaitan dah kena kurung tapi kenapa ada juga orang buat jahat.... senang cerita, ada juga yang tak puasa, bergaduh dan sebagainya".... persoalan terus bermain di minda....
lama-kelamaan,
barulah dapat tahu, time bulan Ramadhan memanglah syaitan dan jin kena ikat & dikurung tapi rupanya dorang dah tinggalkan kawan dorang...iaitu..........N.A.F.S.U.
so dalam erti kata lain, kena lah lawan nafsu ni untuk jadi orang yang BERTAQWA...... ada Ulama` kata nafsu ini umpama kanak-kanak....manja. makin dilayan makin lah menjadi-jadi..
Ada juga yang kata nafsu ini umpama Kuda yang liar... faham 2 la kan...comfirmlah susah nak tunggang kuda tu...Oleh itu, manusia yang diberikan akal ini mestilah menggunakannya dengan betul...letakkan akal itu diatas dan nafsu dibawah....insyAllah.... peringatan terutama DIRI INI!!
Dalam bulan Ramadhan inilah peluang kita untuk meningkatkan taqwa kita... APA ITU TAQWA?
Menurut Imam al-Ghazali : "taqwa itu harta terpendam yang berharga sekali, jika engkau mendapatkannya maka seolah-olah berkumpul kebaikan dunia dan akhirat dalam taqwa itu".

Firman Allah : "bertaqwalah kamu sekalian dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sesekali kamu mati kecuali dalam keadaan muslim(beragama Islam) :102:surah al-`Imran.
 Taqwa ni sesuatu yang kita tidak nampak tapi kita boleh rasa seperti juga pahala dan dosa. Dalam al-Quran juga menyebut perkataan Taqwa ini lebih daripada 272 kali menunjukkan kepentingan taqwa kepada manusia.

kata sahabat Rasulullah s.a.w mengenai taqwa:
Analogi Ubai bin Ka'ab : pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?
                                    Umar menjawab : ya, pernah
                                    Ubay menyambung : lalu apa kamu lakukan?
                                    Umar menjawab : aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.
                                    Ubay berkata : maka begitulah jugalah taqwa! (sumber : Solusi;27)


Jadi dalam bulan yang mulia ini, kita ambil kesempatan untuk mempertingkatkan taqwa kita, takut kita, rasa tunduk kita...banyakkan membaca al-Quran, berzikir, lakukan perkara sunat yang diri ini selalu remehkan...supaya kita bukan sahaja menjadi seorang muslim tapi juga seorang mukmin.. insyAllah...    sesuci kasih  nur2muda mudi


Insyallah.... =)






.

Saturday, 9 June 2012

Tudung oh tudung....

Hari semakin hari...minggu berganti bulan....cepat sangat masa berlalu... apa yang sudah kita lakukan setakat ini? tepuk dada tanya iman...=)
yup...kali ni nak cerita sikit tentang tudung.. sensetif ka tajuk ni? macam mana boleh jadi sensetif pula.... hmmm (geleng kepala)
tudung digunakan untuk menutup kepala/ rambut/ leher/ dada..ini lah yang paling tepat...tapi tudung bukan  la bermakna menutup aurat.. tudung bukanlah bermakna seseorang itu baik.. tapi tudung hanya sebahagian dari cara untuk menutup aurat yang sebahagian lagi tu bab baju.. dan seseorang yang baik itu mesti menutup aurat sebab dia ikut perintah Allah...
saya bukanlah nak cerita tentang cara bertudung atau sebagainya.. tapi melihat perniagaan tudung sekarang yang semakin berkembang rasa happy la sebab pasti ramai yang akan cuba untuk bertudung... ada pelbagai jenis tudung sekarang ni antaranya....

Tudung akel
selendang
tudung twist labuh
Tudung bawal
 
 
tudung segera

macam-macam kan... jenis tudung... banyak... ada lagi yang belum keluar ni... ehhehhehe
tapi apa-apa pun nak pakai tudung mana pun tak kisah yang penting ikut syarat 2 yang diberikan....

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59) 

 Rasanya tudung yang kat bawah ni sesuai tak nak g jalan 2? ngehngehngeh

sayang awak...

"sampaikan kat kawan kamu yang kita sayang dia kerana Allah Taala...lafazkan" kata 2 dari kak wardina masih terngiang-ngiang di telinga ku walaupun dah seminggu lepas tengok di You Tube..=)

Kita semua mempunai kawan, sahabat, geng , friend dll  pasti ada...kn 3x... tapi kita tak pernah nak cakap kita sayang kat kawan kita tu.... lebih 2 lagi kerana Allah Taala.... saya mengaku memang tak pernah... eiiuuu... malu lah.... tapi sapa yang pernah tu..Alhamdulillah.... insyaAllah persahabatan anda dan kawan anda akan berpanjangan.. sampai bila-bila..aminnn......
oleh itu... saya memberanikan diri... chewaahhh... penakut rupanya..... mengucapkan kata 2 hikmat ni pada kawan ku yang sorang ni... memang dah lama kawan dengan dia ni.. dari umur 13 tahun sampai sekarang ni da 23 tahun.... waahhhhhh... 10 tahun dah rupanya.....
"sayang ko LILLAH" mesej ku hantar... wah berjaya rupanya.....  apa reaksi kawanku tu?    jengjengjeng....
bagi saya tak perlu kot nak tahu apa reaksi dia.... yang penting kita ikhlas dan mempunyai niat yang baik...

hadis NabiPerumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

jika kita sampaikan sayang dengan perasaan yang ikhlas, happy... mesti dia pun akan rasa benda yang sama kan.....insyaAllah....
mungkin lepas ni... saya akan bagitahu pada kawan yang lain... benda yang tak biasa di buat ni memang susah sikit nak buat...Kuatkan semangat! =)
mak, bapa, suami, isteri, adik @ abang pun boleh juga kita ucapakan... mereka ni pun kawan kita... kawan yang mempunyai pertalian darah.. hehhe.  Lebih best lagi... kawan pompuan ucap ngan pompuan dan juga pula sebaliknya.... betul tak..? 



anyway,.... persahabatan memang penting dalam kehidupan kita... seprti lagu ct Nurhalizah " takkan mungkin kita bersendirian, panas getir hujan badai kita lalui bersama" ewaahh...
Bagi saya, kawanlah dengan sesiapa pun, siapa kita nak tentukan dia tu baik atau tidak.... kalo kawan kita tu baik kita ikut la tapi kalo tak baik kita jangan pula memandai nak ikut..kalau mampu nasihatkan dia... kan kawan namanya....saling mengingati antara satu sama lain....

Wednesday, 30 May 2012

belajar dari pengalaman @ kesilapan..

  Belajar dari pengalaman.... belajar dari kesilapan.......  atau banyak lagilah kata- kata seumpama ini..... apabila berlaku sesuatu pada kita samada kita suka atau tidak samada menyeronokkan atau sedih itu semua menjadi suatu pengajaran buat kita dan merupakan proses pembelajaran......

   Ramai juga kita lihat sebelum seseorang itu berjaya dia banyak kali melalui jalan yang sempit, yang licin sampai terjatuh berkali-kali sampai diketawakan pun ada....(perumpamaan) semua itu adalah proses pembelajaran... teringat saya story seorang pengusaha Makanan yang tersohor di seluruh dunia ini... terpegun saya membaca cerita berkenaan beliau... rasanya semua suka makan makanan dia ni......iaitu KOLONEL HARLAND SANDERS...   atau di kenali dengan restoran KFC....  mesti tahu kan.....tapi sebelum KFC ni berjaya sampai digemari oleh ramai orang di seluruh pelusuk dunia , beliau rupa-rupanya telah menawarkan resepi ayamnya tu ke 1000 buah restoran..... wah! dia tak putus asa kan mungkin putus asa tu pun dia tak tahu maksudnya ( ^ ^,)  kalau saya.... mungkin dah give up daa..... akhirnya restoran yang ke 1008 barulah  diterima...       

cerita beliau ni termasuk dalam ketegori belajar dari pengalaman .......   so tak ada lagi alasan untuk berputus asa..... 
( walaupun dah tak nak memandu da sebab hari ni da 2 kali excident di buat) nasib baik tak apa-apa....kes saya ni pula belajar daripada kesilapan....(^ ^")  menyedihkan..,.... apa yang penting?...ehh bukan kerjasama tapi jangan putus asa... tak pa langgar ja lagi ..=P
kalau tak faham cerita saya ni...buat-buat faham la ya..