Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maha suci Allah, yang masih memberi kesempatan diri ini untuk terus menikmati bulan yang penuh kerahmatan ini. seringkali diri ini terleka, lalai dalam mengerjakan suruhan Mu tapi KebesaranMu yang tidak pernah putus pada hambaMu ini memberikan nikmat hidup pada diri ini. adakah ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk diri ini? Engkau yang Maha Mengetahui....tapi diri ini berharap tahun ini bukanlah tahun terakhir..
Firman Allah yang bermaksud : "hai orang 2 beriman hendaklah kamu berpuasa sebagaimana orang 2 sebelum kamu supaya kamu bertaqwa" (183:al-Baqarah).
Masa kecil 2 dulu mesti cakap ngan kawan 2 "yee kalo posa syaitan, jin kena ikat kena kurung, baru tau!" hehhehe ... bila dah besar sikit timbul persoalan " jin dan syaitan dah kena kurung tapi kenapa ada juga orang buat jahat.... senang cerita, ada juga yang tak puasa, bergaduh dan sebagainya".... persoalan terus bermain di minda....
lama-kelamaan,
barulah dapat tahu, time bulan Ramadhan memanglah syaitan dan jin kena ikat & dikurung tapi rupanya dorang dah tinggalkan kawan dorang...iaitu..........N.A.F.S.U.
so dalam erti kata lain, kena lah lawan nafsu ni untuk jadi orang yang BERTAQWA...... ada Ulama` kata nafsu ini umpama kanak-kanak....manja. makin dilayan makin lah menjadi-jadi..
Ada juga yang kata nafsu ini umpama Kuda yang liar... faham 2 la kan...comfirmlah susah nak tunggang kuda tu...Oleh itu, manusia yang diberikan akal ini mestilah menggunakannya dengan betul...letakkan akal itu diatas dan nafsu dibawah....insyAllah.... peringatan terutama DIRI INI!!
Dalam bulan Ramadhan inilah peluang kita untuk meningkatkan taqwa kita... APA ITU TAQWA?
Menurut Imam al-Ghazali : "taqwa itu harta terpendam yang berharga sekali, jika engkau mendapatkannya maka seolah-olah berkumpul kebaikan dunia dan akhirat dalam taqwa itu".
Firman Allah : "bertaqwalah kamu sekalian dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sesekali kamu mati kecuali dalam keadaan muslim(beragama Islam) :102:surah al-`Imran.
Taqwa ni sesuatu yang kita tidak nampak tapi kita boleh rasa seperti juga pahala dan dosa. Dalam al-Quran juga menyebut perkataan Taqwa ini lebih daripada 272 kali menunjukkan kepentingan taqwa kepada manusia.
Analogi Ubai bin Ka'ab : pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?
Umar menjawab : ya, pernah
Ubay menyambung : lalu apa kamu lakukan?
Umar menjawab : aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.
Ubay berkata : maka begitulah jugalah taqwa! (sumber : Solusi;27)
Jadi dalam bulan yang mulia ini, kita ambil kesempatan untuk mempertingkatkan taqwa kita, takut kita, rasa tunduk kita...banyakkan membaca al-Quran, berzikir, lakukan perkara sunat yang diri ini selalu remehkan...supaya kita bukan sahaja menjadi seorang muslim tapi juga seorang mukmin.. insyAllah... sesuci kasih nur2muda mudi
.






0 comments:
Post a Comment