Blogger Backgrounds

Pages

Thursday, 8 December 2011

wahai diriku...wahai wanita

Assalamualaikum......wbt..=)
 susah ke nak jadi wanita ataupun perempuan ataupun gadis ni? DAN senangkah jadi lelaki ni?

  Itu terpulang pada diri masing-masing...ada saja alasannya... mari kita compare kan.. tapi itu tidak bermakna antara satunya tak bagus... semua ciptaan Allah ada keistimewaannya sendiri...(apa keistimewaan saya ya) hhehehehhe
1) Ada perempuan berkata :“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
 Tapi sebenarnya....Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. jika ada emas dan permata, adakah kita nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika kita letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi perempuan? lelaki tidak dapat melihat kulit perempuan pun kecuali muka dan tangan! perempuan tak mungkin akan terangsang nafsu tengok lelaki hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok perempuan pakai hanya seluar pendek!”


2) ada perempuan berkata, ini selalu isteri 2“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Tapi sebenarnya....Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”  huhuhuhu.....

3)Ada perempuan berkata lagi : Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”  (ish..ish ish...)
Tapi sebenarnya...“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


4) Ada lagi omongannya :“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!
Tapi sebenrnya........- “Tahniah la sebab  perempuan dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya perempuan! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan” (terharu)


5) kata perempuan lagi“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Tapi sebenarnya.....- “Akhirat nanti, semua lelaki didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri , ibu , anak perempuan  dan adik perempuan . Tahu maksudnya?perempuan nanti di akhirat, akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”\


6) bicara perempuan lagi :“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
sebenarnya......seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah., seorang wanita pula  jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


7) perempuan, wanita berkata : “Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
tapi sebenarnya wahai wanita, perempuan sekalian........- “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang disukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”



semua ciptaan Allah ada keistimewaan masing-masing.... cuma ada pihak-pihak yang cuba memainkan pemikiran kita pada zaman kini...terutama wanita.... hurrmmm..... betul3x....  =)
 (copy, edit 2 sikit....and paste untuk diriku dan sesiapa yang membacanya...hehehhehehhe)

Tuesday, 6 December 2011

MEMORI 2011

Baru 2 hari lepas saya berada di Kampung...dengan izinNya saya dan family selamat sampai ke rumah...Alhamdulillah....
 walaupun pada awalnya saya tak ecxited nak pulang kampung tapi best juga...mungkin hati ku terlalu "bebal" sampai nak pulang kampung tak happy.... saya menyesal ada perasaan sebegitu....
hakikatnya , di sanalah aku dapat rasa kekeluargaan yang jarang 2 kita dapat di bandar atau kat pekan tempat saya ni.... lagi satu kat kampung saya ni macam- macam ada.... huhuhuu..... ya laa... kat kampung orang lain pun best juga..hehheheh...

          Balik Kampung tahun 2011 ni lah sebagai titik permulaan bagi saya... titik permulaan untuk perbaiki diri sendiri.... insyAllah... kekal hingga selamanya...Dengan Pertolonganmu Ya ALLAH..... insyaAllah....
walaupun pada mulanya saya rasa tak berani, ya lah mesti banyak persoalan 2 dari pakcik, makcik, and all cousin.....saya ni pula bila dah banyak orang tanya boleh tension tak tentu pasal.... akhirnya saya gagahi juga.... dan......saya dapat juga menutup aurat ku untuk tidak dilihat oleh sepupu-sepupu lelaki....


 mungkin ada yang berpendapat ini sebagai hal kecil... tapi bagi diri ku ini... iya sangat berat... bayangkan kita dah bertahun-tahun bertepuk tampar dengan sepupu(lelaki) yang kita rapat dan lakukan perubahan ini. Pada saat kali pertama saya memakai tudung keluar dari bilik untuk ke ruang tamu hanya Allah saja yang tahu betapa berdebarnya hati ini....bila teringat kembali waktu itu... saya tahu, betapa bodohnya saya ketika itu, mengapa saya perlu takut dengan kata- kata orang... padahal sepatutnya saya lebih takut pada yang menciptakan saya...

Saya berharap dapat istiqamah dalam apa yang saya lakukan ini.... siapa pun saya selepas ini, saya harap agar dapat terus mentaati perintah Allah  ini.... InsyaAllah....Bukanlah pujian yang saya harapkan tapi keredhaan yang saya perlukan... bukan lah kerana kerja saya sebagai "guru kafa" tetapi adalah tanggungjawab saya sebagai hAMba ALLAH...kalau selepas ini saya jadi tukang masak (angan-angan) pun saya akan teruskan apa yang saya buat ini... dan saya harap selepas perubahan ini akan menyusul pula perubahan yang baik pada masa kan datang....INSYALLAH...
 Ini adalah antara foto 2  kat Kampung.... hhuhuuhu . ada banyak.. tapi tak sesuai nak tunjuk semua... paham 2 la yerrr...
suasana dari rumah nenek..
kat belakang rumah nenek..
nak makan siput sedut.... surppp!
nenek ku....muuaahhh!


Saturday, 5 November 2011

aidiladha...2011

sekejap lagi nak jalan. pergi beraya.....walaupun mengantuk.... mesti ku gagahi juga.... ya betul, sengkangkan mata tu..hehhehehhe
 selamat mengorbankan seekor sapi, bukan untuk aku tapi warga IPD Tuaran... semoga korban yang dibuat disusuli dengan niat yang ikhlas dan dapat keberkatan dariNYa...insyAllah.....
tapi aku? apa yang aku korban kan....?
huhuhhu...sesuatu yang jelas tapi kurang jelas untuk diertikan...maksudnya?  biarlah aku saja yang tahu...ya, of course Allah juga yang tahu....
korban, terkorban.berkorban,mengorbankan atau korbanan? semua di tangan kita...... pilih lah....
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.....=)

Sunday, 16 October 2011

pendek tapi payah

teka-teki
apa benda @perkara yang pendek tapi payah nak dibuat?

Aminah : kek comel?
lina : potong seluar pendek


jawapan tu boleh di terima (^^)" tapi kurang tepat...
 jawapannya ialah SOLAT SUBUH...


betul tak? hehhehe
betul la kan............
solat subuh ni 2 rakaat, tapi berapa ramai yang lakukannya....belum lagi masuk solat subuh berjemaah..

Nak kongsi satu hadis yg di Riwayatkan oleh Imam MAlik

suatu hari, Umar al-Khattab r.a telah mendapati Sulaiman bin Abi Hathman tidak hadir untuk solat Subuh berjemaah. Pada pagi itu juga, Umar al-Khattab pergi ke rumah sahabatnya itu lalu bertanya kepada ibunya al-Shifa' : "saya tidak melihat Sulaiman semasa solat Subuh?" lalu al-Shifa' menjawab : "dia solat malam lalu tertidur pada pagi harinya."      Umar kemudian berkata ; "sungguh, berjemaah berjemaah dalam solat Subuh itu lebih baik bagiku daripada solat malam." (sumber : solusi 36 ;16
Banyak kelebihan yang terdapat dalam solat SUBUH ni....

  • Waktu yang paling diagungkan Allah
  • Pahala beribadah Satu Malam penuh (solat b'jemaah arrr)
  • Berada dalam perlindungan Allah.
  • Waktu terbaik Membina kekuatan Rohani (mengawal nafsu)
  • Di kurniakan cahaya pada hari kiamat. (siapa lah yang tak mahu kan...)
  • Dapat melihat Wajah Allah...
  • Seksa pedih untuk yang tinggalkan solat (-,-)
  • sempat mengerjakan solat sunat Fajar.
  • saat Terbaik untuk mendapat Ilmu dan Tarbiah(senang hafal pelajaran la tu)
mengapa aku begitu lalai....
sedangkan pintu 2 kebaikan terbuka luas....
alpanya hamba mu ni ya Allah....

saya petik lagi dari tulisan Pahrol Mohamad Juoi 
 ramai dlm kalangan umat Islam pada hari ini begitu bersemangat membkar bendera Yahudi,  bertempik-tempik mengutuk Israel, mengeluarkan pelbagai resolusi dan memorondum untuk menyatakan kemarahan kepada pihak Zionis, ttp lemah & tidak berdaya menzahirkan keseriusan mereka melaksanakan SOLAT SUBUH secara berjemaah....saya setuju 
semoga kita perbaiki solat kita... termasuk juga diri ini......
semoga hari esok lagi baik dari hari ini...........

 

Saturday, 15 October 2011

PeMiLiK mAtA..

Wahai pemilik mata
mengapa kau begitu liar
melihat tanpa sempadan


wahai pemilik mata
sungguh indah ciptaanNYA
tetapi kini sia-sia


wahai pemilik mata
sia-sia mu tanpa kawalan iman
mengapa disorongkan dengan nafsu


wahai pemilik mata
engkau akan menjadi saksi
pada apa yang dipandangmu


kawal lah nafsu mata mu,
kerana nafsu hanya akan menjerumuskan mu ke api nerakaNYA


kawal lah nafsu mata mu,
sebelum nikmat penglihatan itu ditarik
oleh SI PENCIPTA MATA...


Saturday, 8 October 2011

sakit suatu anugerah..

Alhamdulillah... baru saja pulang dari kenduri doa selamat dan solat sunat hajat saudara kat Likas... Saudara yang saya maksudkan ni sebenarnya sepupu kepada emak... telah di kesan menghidapi kanser serviks TahaP 4! boleh dikatakan tahap agak tinggi jugalah...


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan ...orang yang memikul tu akan lebih rasa  kesakitannya...~~~~
Mungkin ada sesetengah orang akan terus berputus asa, tidak bersemangat bila mendapat berita seperti ini..dan ada juga yang akan cuba meneruskan kehidupan dengan semampunya.... tapi ada juga segolongan akan menggunakan jalan khurafat untuk kononnya memohon utuk mengubat sesuatu penyakit..ish ish ish....

 betul ka sakit ni anugerah??? ingat orang yang study, kerja ja ka dapat anugerah... orang sakit pun dapat tau.....tapi anugerah yang dimaksudkan bukanlah piala semata-mata.=)
anugerah pa ke bendanya....
memperli kot orang ni.... 
Ini bukan nak merapu tetapi untuk peringatan . buat diri ini dan kawan -kawan juga...saya petik dari kata-kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi. Antara hikmahnya ialah sakit dapat menjadi kafarah dosa(penghapus dosa) dan meninggikan darjat kepada Allah.



  1. penghapus dosa : setiap manusia pasti melakukan kesalahan dalam sedar atau tidak...oleh itu, apabila kita di timpa penyakit @ sakit ia boleh menjadi penghapus dosa kita... seperti sabda Rasulullah s.a.w "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)"  Boleh kah kita dapat penghapus-hapus dosa ini di mana-mana kedai @ supermarket?? pastinya tidak....oleh itu ia menjadi suatu anugerah kepada manusia...
  2. meninggikan darjat manusia : kita mestilah sentiasa bersangka baik kepada Allah...kerana Allah lebih mengetahui segalanya..mungkin saja sakit yang di hadapi adalah ujian Allah untuk menguji kekentalan iman kita..dan untuk menyedarkan manusia untuk sentiasa mengingati kepadaNYA, lalu bertaubat..bukankah apabila kita bertaubat dengan sebaik-baiknya akan meninggatkan lagi keimanan manusia kepada penciptanya..ini sama juga seperti kisah Nabi Ayub Alaihi salam.                                                             
Tapi harus di ingat..kita juga  harus berusaha untuk mengubati segala penyakit yang kita hadapi dan bertawakal kepada ALLAh...Dialah yang maha berkuasa atas segalanya....semoga kita mendapat "anugerah" yang di maksudkan...=)
Wallahualammm...

Thursday, 6 October 2011

Tugas dan Sabar

Saya tak sangka kat tempat kerja baru ni... banyak pula cabaran dan dugaan.Baru 2 bulan bertugas kat sini dah macam-macam karenah saya mesti hadapi....bila menghadapi perkara seperti ini rindu teramat sangat dengan tempat yang lama.... betul....rasa nak pindah pun ada...=(
                                                                                                                                                                                                       

    tapi adakah itu jalan terbaik sebagai seorang hamba Allah yang baik...Mengalah?? kalau saya mengalah samalah saya merasa putus asa dan tidak bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan kepada kita....Wahai hati.... mengapa begitu rapuh...firman Allah :
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

kata kunci disini ialah SABAR ...pernah saya membaca satu blog yang mengatakan satu yang kita dapat dari sifat sabar ialah ketenangan.... ya....memang dapat saya rasa ketenangan itu... tapi ada yang meresahkan saya ialah menyelesaikan masalah ..hanya bersabar tidak akan menyelesaikan masalah kan...tapi dengan sabar saya akan cari penyelesaian ini....moga di permudahkan....(^  ^,)...

Thursday, 29 September 2011

kek ku kek Ombak

Saya bukan lah chef Malaysia @ Master chef seperti chef Wan, seperti Rachel Ray, gardon Ramsay tapi ialah chef pada diri saya sendiri...saya suka cuba apa-apa resepi tapi mesti kena dengan masa, dan bahan-bahan yang diperlukan..kadang-kadang ada beberapa bahan tu susah sangat nak dapat...

Kek ombak entah kek yang kek yang ke  berapa dah di cuba...pernah gak cuba buat tapi tak jadi (tapi bukan kek Ombak la)  =)      Teringat juga masa beberapa tahun lepas..excited sangat buat kek coklat..malam malam lagi tu....kononnya nak buat kek tu betul 2 rasa coklat  saya letak lah banyak 2 koko kat dalam tepung... sekalinya tunggu hasilnya jadilah kek coklat yang keras..: =6  hahahha...lucu.                                                                                                  
Berbalik pada kek Ombak tadi.... mesti nak tahu  kan..kenapa nama kek ni kek ombak,  di buat semasa ombak bergelora ka? hahhaha....kalau itu alasannya memang tak masuk akal la namanya... actually saya ambil resepi ni dari satu laman Web masakan yang bagi saya memang terkenal lah kat Malaysia ni...nama kek ni di panggil kek ombak adalah disebabkan kek ni ada garis macam ombak gitu lah kiranya... nak tengok saya buat jadi @ tak?? 
TADAAAA>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
 sebenarnya  kek ni dah dua kali saya buat...... boleh lah.............hheheh
nampak TAK  garis yang beralun tu....itu lah ala-ala ombak




Yang garis-garis tu ialah serbuk koko+milo yang ditabur di atas kek............. kalau nak tahu resepi penuh silalah layari laman web www.My Resepi.com dan carilah resepi ni.... senang jer....
kalau ada tetamu tiba-tiba nak datang buat jak kek ni....tak sampai satu jam....

Dalam Diam 2...

selamat malam.......hemmmm  

    Sepatutnya malam ni nak cari cnth soalan PRINSIP EKONOMI kat internet...tp lain di cari lain pula yg dapat...last 2 buka blog nak buat newpost...ish 3x....pas dah cari...x jumpa sy buka la...laman web Telaga Biru... ntah la napa tetiba nak kongsi satu puisi ni.... tapi puisi ni bukan sy yg buat...(lupa da dr mana dapat) baca yaaaaa


Cukup cintai dia dalam diam..,



Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??




...jiwang ka? x la..... sekadar buat tatapan saja...cinta kan fitrah manusia....hehhehehe



cuma kita yg harus pilih cara bagaimana kita mengAEkspresi Cinta itu... chewwaaah...

warna warni kehidupan

hmmm... lamanya tak kongsi cerita kan sini.... rindu rasanya menerpa di  hati ini..... bukan  tiada cerita nak di kongsikan tapi cuma kesempatan untuk menyusun ayat dan jari jemari untuk manatap blog ni...=) dalam sebulan kiranya saya sepi dalam dunia blog ni...(msh belajar nak ber blog sebenarnya..).
Kehidupan kita ni memang penuh warna-warni..warnanya dihiasi dengan kisah sedih, gembira, geram, lucu, dan sebagainya.... tanpa warna -warna ini apala erti kehidupan kita...sebagai seorang remaja lagi lah banyak perkara yang perlu ditempuh dugaan yang begitu kuat, nak cuba itu nak cuba ini, kalau perkara yang ingin dicuba tu perkara yang baik... tak kan menjadi hal tapi kalau sebaliknya pasti akan menjadi hal kepada keluarga kita..InsyaAllah kita boleh jadi yang terbaik..."Allah tak akan menguji hambanya melainkan dengan kemampuannya" yakin lah... InsyaAllah akan tenang menghadapinya....Ini untuk peringatan diriku dan juga yang lain... lebih 2 lagi bagi sesiapa yang sedang memperbaiki diri... memang mencabar, ada sahaja tak kena  hati ku tertanya " napa arr susah ka nak berubah ni?"  Rasa macam tarik tali pun ada, kita tarik bila bila kita tak buat perangai tak elok dan kembali longgar bila kita buat perangai tak elok... tapi, itulah realitinya...tenangkanlah dengan Al-Quran, rujuk la sunnah....



Alhamdulillah... sekarang dah masuk Semester baru... demam study mula lagi hehehe...belajar, belajar, dan belajar selagi hayat di kandung badan marilah kita belajar, tak kisahlah belajar memasak, menjahait, melukis, mengaji dan sebagainya... kan belajar juga namanya...dan boleh juga belajar dari pengalaman......hehhehe...

Thursday, 1 September 2011

hari raya 2011....

bismillahirrahmannirahhim....
setelah sekian lama sy tak  meluahkan isi hati ini pada blog ni... terasa rindu gak...
sebelum. tu.. nak nyanyi la sikit...hehehheh
      SElamat hari raya.
      HAri untuk KiTa bersuka ria
     MInta mak kue sePotong, saya mAu kerna peRut Kosong...." 
hheheh...saja ja  nyanyi tu... almaklumlah... hari raya... hari ni dah hari raya ketiga....dan tahun ni jugak X balik Kg.... actually mmg x da kG pun...
 kalo dulu masa kecik 2..mmg sedih la kalo x balik kg... tapi ntah bila dah agak 2 dewasa ni.... macam x sedih pula... sedih sikit jak la... yala kan... x la meriah macam di Kg.... betul taK...
  selain bermaaf-maafan... kita juga di galakkan untuk  pergi menziarahi, kunjung-mengunjungi... kawan 2...sedara-mara itu kan semua mengikat lagi ikatan persaudaraan sesama kita....jgn la asyik nak tgk tv ja....  hehheh.. bukan itu tujuan utamanya....
bila sibuk kita beraya ni...jgN lupA pula nak puasa 6.... walaupun benda ni sunat... tapi banyak fadhilatnya... saya pun baru nak plan bila nak buat ni... InsyAllah....... jom jom jom....

k la tu jal untuk hari ni...ni pun baru pulang dari beraya rumah kawan parents... saya ikut jew.... hehheheh

Thursday, 23 June 2011

AKU SUDAH JATUH cINTA....!!!!

 LAMA juga tak masukkan entry baru..... huhuhuh.... 
tajuk kat atas tu bukan sembarangan pengumuman tu..... special lain dari yang lain..seriosly mmg sy dah jatuh cinta............................................
 fuhhhhh...lega dapat meluahkannya...
 cinta sy ni buat sy x dapat tdo malam...dasyat kan....
 bila siang pula asyik nak ingat jak...... rindu je..
dasyat tol la....
saya pun x sangka boleh jadi gini,... kalo dulu tido jam 11 mlm, plg lewat pun jam 12.30 mlm...
tapi kali ni, disebabkan cinta saya ni tido jam 2.30 pagi...adui.... bangun pagi mata bengkak.... 
tapi peduli apa kan..... hehhehehheh
Tapi ada yang membezakan percintaan saya ngan orang lain.... bagi saya la....... betuul..... nak tau sebab apa.........?
sebabnya, saya macam nak gunting 2 ja dia... x hbs ngan tu sy jahit 2 dia....  letak kat badan dia guna hot glue... fuh...ganazzzzzzz......
 walaupun saya buat gitu.... saya sayang kat dia.......rasa seronok sgt kalo dekat sama dia...... ~~~~~
Biar saya tunjuk kn kt reader sumer.....tadaaaaa.... banyak ni tau...... tgk ya jgn tak tgk....

broach....

cute x?

  kraf ni semua di buat dari kain felt..... skrg ni demam felt kot... aku pun dah minat kat kraf ni.... aku yg x kreatif ni pun....alhamdulillah... boleh la buat cantik sikit..... so sekali nak bagi tau...
SAYA DAH JATUH CINTA KAT FELT CRAFT.....
kalo dulu ada jak masa terluang saya just buat benda yg x berapa nak berfaedah.... tapi skrg...at least boleh la buat benda ni.....berfaedahla juga sikit... pastu boleh nak tambah duit poket nak beli topup..huhuhuhuh (kunun)
                       



sample. yg bereben tu adik sy punya..
first order....
best kan.... cinta hati saya ni...hehhehhe.










first ring chain...DOMO KUN....


klip ni ramai murid suka.... bb murah kot...
hehheheheh.

collection of broac
power of pink... my fevret colour
                                                                                                                                                                                                                         
dahlia hair clip
 ok tak?   x lawa? boleh comment jak...setiap comment di beri akan beri inspirasi pada saya... hhehehehheheheh



Wednesday, 8 June 2011

Resepi roti canai stail saya....

pst...pst... hehhehe
hari ni nak kongsi 1 resepi... ha? x sedap? mestilah sedap.... kalo x sedap mana saya nak kongsi sama you all semua... resepinya adalah..jengjengjeng..ROTI CANAI ZIRA... Nama pun da special kn... huhuhu special ka?    layan ja la... hahha
sebelum nak bg full resepi ni... nak bagi tau jugala.. iya la... makann ni  x blh la mkn selalu... betul x boleh... walaupun saya ni x la kurus..tapi pasal kesihatan saya tau juga...sbb mesti tau kn, roti canai dah la buat pakai minyak/mejerin/mentega lepas tu nak goreng lagi pakai minyak...ish ish ish... pada sapa 2 yang mmg sangat jaga badan tu  (confom bukan saya) mesti dah fikir balik 2 nak makan ka tidak.... tapi sekali sekala apa slhnya kn....lebih 2 lagi resepi roti canai saya ni... confom lain dari yang lain...handmade orang jawa la katakan..
bahan 2 nya:

  1. tepung gandum 1 setengah kilo(time tu mmg nak buat banyak)
  2. air
  3. seddikit garam
  4. mentega / mejerin yang di cairkan
  5. 1 sudu susu pekat ( apa 2 brand pun boleh asal jgn susu air @ susu tepung)
  6. sebiji telur ayam
CARA MEMBUATNYA:
Tepung kita tuang ke bekas , letak garam, letak susu pekat,telur dan letak air sedikit demi sedikit... sambil tuang air sambil menguli tepung tu menjadi doh yang lembut. makesure pastikan doh tu dah x melekat da kat tangan... ( agak 2 dalam 5-7 minit juga la mengulinya)
selepas itu, bila dah lembut kita sapu doh dengan mejerin yang sudah dicairkan tadi. macam kasi mandi la... selepas itu jadikan doh yang besar tadi menjadi kecil 2..agak 2 macam bola golf.
bila semua doh menjadi kecil..ambil 1 doh kita penyek 2 kan kat talam besar yang sudah disapu dengan majerin cair...boleh juga bagi sapa 2 nak guna minyak..tapi majerin lagi sedap. kita penyek 2 sampai la doh tu menjadi nipis dan lebar.. kita ambil hujung doh yang sdh nipis tadi kita gulung menjadi memanjang dan pukul 2 hujung nya ( mmg agak lucu sikit) selepas itu gulungkn menjadi  bulat tetapi bukan menjdi bola jadikan seperti bulatan gelang tangan.. dah siap... 
semasa nak menggorengnya kita penyek 2 kan lagi sekali tapi kali ini jangan terlalu nipis... sebab cara saya buat ni mmg roti canainya jenis yang agak tebal tapi lembut..=)
buatlah doh 2 yang lain seperti yang di atas...
Resepi ni saya dapat dari wak saya ( makcik)... mmg x sama macam kat restoran mamak tu..hheheheh
seperti  biasa kalo nak tambah sedap lagi, makan roti canai ni cicah ngan kari ayam/ kambing @ dal pun boleh...tapi saya lebih suka makan gitu saja.. "lebih enak di makan begitu saja..." hhahahah
tadaaaa... ni la dia.... roti canai zira.



Monday, 6 June 2011

Solusi! Solusi ! saya suka baca Solusi

kelmarin saya dah beli majalah solusi yang ke 32 . wohooo happy giler... sebab kalo dekat kedai kat Tuaran ni cepat betul habis... orang kata pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat... hehheheh

Solusi terbaru: 32
first novel islamik ku.
    Teringat masa first time  baca majalah ni...masa tahun lepas ntah napa saya nak sangat cari bahan bacaan  yang keagamaan ni.. dah bosan dah ngan novel 2 cintan cintun yang pernah saya baca sebelum ni.. so ambil keputusan tukar cita rasa... Sebelum jumpa majalah Solusi  saya jumpa novel islamik... TEBAL giler...tapi tgk sinopsis kat belakang wah macam siok pula...walaupun harga dia mahal ( bagi saya la) dalm 30 lebih... saya beli jugak untuk test power la kiranya..hahahha... hampir sebulan jugak la nak habiskan ..keputusannya memang hebat giler!!! 10 of 10...dah la best pastu memang banyak mengajar saya yang memang kurang ilmu agama ni.
selepas  sudah habis baca novel tu mesti nak cari cerita yang baru kn. bila mau cari yang baru mesti pegi kedai lagi... tapi x jumpa lagi.. @ saya yang x tau kot. and then time tu la saya jumpa majalah Solusi. baca kat cover "membina keyakinan diri" wah macam best ni... saya pun mmg ada mslh pasal confident  ni... tgk harga RM11.00..wah mahal juga..hantam saja.. try beli , kalo x best lepass ni  tak payah beli lagi =hati ku berkata 2 time tu. 
majalah solusi yang pertama dibeli..
sungguh bermakna...
Baca punya baca punya baca..... majalah Solusi ni x best la... tapi sangat best!!!  sebuah majalah dah dapat macam 2 ilmu.. fiqah, motivasi dan sebaginya... 
antara yang ada..
Hingga sekarang, saya mesti beli solusi tiap 2 bulan... pastu solusi 
yang sebelum ni x da ...saya cari..sebab ada juga ulang cetak punya...sekarang ni dah banyak dah koleksi majalah Solusi saya... wah bangga kunun.. tapi mmg best la x rugi beli..... sampai makcik saya pun suka baca dan saya terus jak bagi...1 jak l..  kira macam promosi la juga... hahha
Dalam bahagian Solusi ni pula saya ada slot favourite
iaitu BEDUK DIKETUK.....

SLOT KEGEMARAN

suka baca diolag antara imam global dengan rakannya.. kadang-kadang terkena juga batang hidung sendiri...apa-apa pun saya  rasa bersyukur sangat dengan adanya Majalah solusi kerana sangat 2 memberi info kepada saya...Terima kasih Solusi!!

Thursday, 2 June 2011

Tibanya Bulan Rejab


بسم الله الرحمن الر حيم

Akhirnya bulan yang di tunggu tibanya juga... iaitu bulan Rejab... kalau dulu masa tinggal kat asrama bulan rejab nilah saya dan kawan 2 rajin nak posa.. tak kira la posa sunat atau puasa qada` ( fhm 2 la mslh wanita)  hhehehhe... selain tu ustaz selalu pesan bualn rejab ni baik untuk sapa 2 yang nak collect pahala banyak 2... bukannya bulan lain x boleh tapi bulan Rejab ni mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.... pesan ustaz masih saya ingat.... sama juga seperti saya ingat memori ngan kawan 2 bersahur, berbuka sama 2... rindunya.....
Berbalik pada hebatnya bulan Rejab ni....kejadian ISRA` MIKRAJ  amat sinonim dengan bulan mulia ni...Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Jibril membawa Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin dan kemudian ke Sidratul Muntaha dengan menunggang Buraq. Hal ini diceritakan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam surah Al Israak ayat 1 yang bermaksud:"Maha Suci (Tuhan) yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang amat jauh (Batul-makdis), yang telah kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami."http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/2457-beribadahlah-sepanjang-rejab-dan-syaaban.html
 yang saya tau, ketika ini lah solat kita di kurang kan dari 50 waktu ke 5 waktu...baiknya hati Rasulullah...dan Allah Maha Pemurah.. cuba bayangkan kalau kita diwajibkan solat 50 waktu... x dapat sy nak bayangkan... bila gaknya masa kita nak tido, nak study...hheheheh
Antara kelebihan  bulan REJAB ni ialah :
  1. sesiapa yang puasa 1 HARI dengan ikhlas pada bulan ni akan mendapat keredhaan yang besar dari Allah s.w.t.
  2. pada  27 REJAB bersamaan 29 JUN 2011...sesiapa yang puasa pada hari ni akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa..( hari isra` mikraj)
  3. Bulan rejab ialah bulan  Syahrullah ( bulan Allah) so amat maqbul doanya sesiapa yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah..so jom kita rebut masa ni ya..=)
  4. Dalam hadis lain juga ada menyebut, sesiapa yang tidak mampu berpuasa hendaklah dia bersedekah sekurang-kurangnya sebiji roti..
  5. Banyak lagi..... kalau kita tak dapat buat setahun sekali kita cubalah buat untuk seumur hidup sekali...hehheheh

Rejab bulan menabur benih
  Rejab menyucikan badannya
     Rejab bulan magfirah( bulan keampunan)
        Rejab bulan taubat
          Rejab pahala diganda 70 pahala.